Saturday 13 June 2015

Peach Cream Puff

Ok. Aku try buat cream puff walaupon x pandai baking sangat. Haha. Dan hasilnya......... boleh makan n sedap tapi buruk nya masyaallah.
                                                    Ni puff dia. Baru lepas masak.
                                                   Ni bila dah letak filling dia. Sob2 tak lawa nya.

Tapi aku rasa puas dapat buat. Tapi mak aku x sudi nak makan. Sebab dia x suka krim. Dia hanya makan custard puff sahaja.(menyampah. dah la custard mahal). Aku buat ikut resepi buku. Nanti aku kasi resepi dia.

                                 Ni buku resepi tu. Nampak gaya mcm dah banyak kali guna buku tu

                                       

Tuesday 19 May 2015

AYAM MASAK LEMAK CILI API

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API.


Harini aku x kerja. Sebab aku migraine yg amat. Huhu.
jadi sebagai anak yg solehah, aku lah yg masak arini.
Mak aku mintak ayam masak lemak cili api, so aku godek la buku resepi turun temurun.

Bahan-bahan:

  • 500g ayam(dipotong)
  • 2 inci kunyit hidup*
  • seulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 20 biji cili api*
  • 5 biji buah keras*
  • daun kunyit
  • serai (diketuk)
  • 2 peket serbuk santan
  •  garam
  • 3 biji ubi (dipotong 4 atau 2 ikut saiz)
* - diblender

Cara-caranya
  1. Tumis bahan yang diblender dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi dan serai
  3. Masukkan air sampai menutupi ubi dan ayam tersebut. Dan masak guna api kecil
  4. Selepas ubi empuk masukkan santan, garam dan daun kunyit.
  5. Masak hingga mendidih dan hidang dengan nasi panas.

Simple je kan. Haha dari dapur cik T yg malas masak.

Saturday 21 March 2015

Resepi Telur Bungkus Ayam

Kempunan gila nak makan telur bungkus. Aku tengok la resepi yang ada kat internet ni. Sekali imbas je aku tgk, pastu bikin resepi hasil campuran segala resepi yang ada.

Bahan-Bahan :
  •  250 g isi ayam (dipotong dadu)
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • sayur campur
  • garam
  • 2 biji telur

Cara memasak inti.
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, cili dan ayam. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan garam dan kemudian masukkan sayur campur.
  5. Masak dengan api kecil hingga inti kering.
Cara memasak telur bungkus.

  1. Pecahkan telur dan pukul hingga sebati.
  2. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak.
  3. Masukkan telur dalam kuali dan dadarkan ke seluruh kuali.
  4. Setelah telur masak, tuangkan inti ayam ke atasnya dan lipat telur tersebut.
  5. Terbalikkan telur tersebut dan hidangkan dengan sos cili.