Tuesday 19 May 2015

AYAM MASAK LEMAK CILI API

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API.


Harini aku x kerja. Sebab aku migraine yg amat. Huhu.
jadi sebagai anak yg solehah, aku lah yg masak arini.
Mak aku mintak ayam masak lemak cili api, so aku godek la buku resepi turun temurun.

Bahan-bahan:

  • 500g ayam(dipotong)
  • 2 inci kunyit hidup*
  • seulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 20 biji cili api*
  • 5 biji buah keras*
  • daun kunyit
  • serai (diketuk)
  • 2 peket serbuk santan
  •  garam
  • 3 biji ubi (dipotong 4 atau 2 ikut saiz)
* - diblender

Cara-caranya
  1. Tumis bahan yang diblender dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan ayam, ubi dan serai
  3. Masukkan air sampai menutupi ubi dan ayam tersebut. Dan masak guna api kecil
  4. Selepas ubi empuk masukkan santan, garam dan daun kunyit.
  5. Masak hingga mendidih dan hidang dengan nasi panas.

Simple je kan. Haha dari dapur cik T yg malas masak.