Sunday 6 March 2016

Resepi Masak 3 rasa

Adik aku ngidam nak mkn ikan masak 3 rasa. Tapi masalahnya, x ada ikan bawal or siakap lak. Yg ada  ikan sardin sahaja. Tapi sebab dia nk jugak, aku masak je lah kuah 3 rasa n goreng ikan sardin tu.
BAHAN-BAHANNYA:
Untuk ikan goreng
- ikan sardin/bawal/siakap
- serbuk kunyit
- garam
Kuah 3 rasa
-4 ulas bawang putih (dicincang halus)
-3 ulas bawang merah (dicincang halus)
-1 biji bawang besar(dipotong bulat)
-1 inci halia(dicincang halus)
-1 biji tomato (dipotong dadu)
-6 biji cili padi(dipotong sring)
-2 sudu besar cili kisar
-4 sudu besar sos cili
-3 sudu besar sos tomato
-1 sudu besar sos tiram
-1 sudu besar sos ikan
-2 helai daun limau purut
-garam dan gula secukupnya.
CARA MEMASAK:
1. Gaul ikan yg telah dibersihkan dan direndam dalam air asam jawa dengan kunyit dan garam. Biar seketika.
2. Panas kan minyak dalam kuali dan goreng ikan hingga rangup.
3. Dalam kuali lain, tumis bawang merah dan putih. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan cili padi, bawang besar, halia dan tomato. (Saya tak letak halia dan tomato. Bahan tak ada masa tu)
5. Masukkan semua sos dan masak sampai pekat (kalau terlampau pekat letak sikit air).
6. Masukkan daun limau purut dan masak untuk 2 minit lagi. (Sekali lagi aku tak letak sbb tak ada bahan)
7. Hidang ikan dalam pinggan lawa2 dan tuang kuah 3 rasa atasnya.

No comments:

Post a Comment