Monday 8 August 2016

Barang keperluan universiti di Sabah n Sarawak

Assalamualaikum n hye again

So kepada yang dapat masuk universiti saya ucapkan tahniah. Kalian mesti terpinga2 apa lah nak bawak masa first time masuk uni kat sabah and sarawak ni. Lagi2 budak2 semenanjung macam saya ni. Sini saya akan ceritakan step by step procedure mai ke sini and barang2 nak bawak. K set, ready and go.


1. Bayar yuran universiti. Yuran universiti memang mahal utk sem 1. Yuran utk first sem ni kita kena guna duit kita dulu. Kalau yg dpt wang pendahuluan ptptn boleh guna. So sediakan dlm RM3000 sahaja untuk yuran. Kalau course medic mahal lagi. Apa nak buat, negara kita x cukup duit nak bg pendidikan free.


2. Isi segala borang online yg universiti bg. Isi betul2 ya. Untuk pelajar baru UMS, kalian digalakkan guna akaun CIMB masa daftar kat UMS. PTPTN masuk guna CIMB jadi senang UMS nak tolak duit yuran sem akan datang.


3. Dah settle semua urusan uni, beli tiket flight. Dah bayar je yuran terus beli tiket. Kalau beli lambat mahal tau. Seeloknya tarikh tiket flight yg korang beli tu dalam 1 atau 2 hari sebelum korang daftar masuk universiti. Macam ums, dia bukak asrama dia awal sehari dari tarikh yg dia bg. Jadi boleh dtg awal untuk beli barang keperluan. Tiket better beli Malindo atau Mas. Air asia murah tp kita kena beli extra luggage. Malindo and Mas ada bg 30kg luggage. Cuma kita boleh bawak dua beg sahaja. Bawak baju je weyh. Yg lain boleh beli. Tiket dlm rm250 till rm500. Tiket mahal sebab time korang beli nnti dh lambat. Kalau dpt murah memang untungla.


4. Arrange transport to airpot and from airport to uni. Satu warning. Public transport kat sabah n sarawak bukan macam kat semenanjung ya. Masih teruk juga mutu dia. Jadi sama ada naik teksi, dlm rm50 seorang atau sewa kereta.


5. Beli barang keperluan. Since dari semenanjung kalian bawa baju saja n toiletries, kat sabah korang kena beli macam2. Mmg lagi jimat bawa dr rumah, tp luggage flight nnti mahal nak bayar. Bawa duit dalam seribu macam tu. Paling kurang rm500. Ini untuk beli barang sahaja tau. Barang kat sabah n sarawak mahal sikit dr semenanjung. Sbb barang dia kena masuk kargo kapal nk mai sini.


6. Daftar masuk asrama and hadir minggu orientasi. Nnti fasi2 and org yg jaga benda2 ni akan tolong korang dlm fasa seterusnya. Jd bab ni nnti tanya mereka ya.


Oklah. Sampai sini ja dulu. Checklist barang2 mahu bawa kemudian hari saya post. Goodluck to you alls. Semoga dapat merealisasikan impian keluarga dan diri untuk memegang ijazah sarjana muda di tangan. Gambatte.



1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino Hotel - Mapyro
    Harrah's Cherokee Casino Hotel locations, rates, amenities: expert Cherokee 김해 출장샵 research, 나주 출장안마 only at Hotel and Travel Index. 충청남도 출장마사지 777 Casino 상주 출장마사지 Center Drive, Cherokee, NC 28906 논산 출장안마

    ReplyDelete